IBARAT kasih bertaut kembali. Itulah yang dapat digambarkan dalam kunjungan mahabbah Ahli Kariah dan Jawatankuasa (AJK) Masjid Nerasau, Kota ke Sekolah Tinggi As Sofa, Rembau hari ini.
Kehadiran mereka disambut sendiri oleh Syeikh dan Pengasas As Sofa, Dato’ Syeikh Haji Muhammad Fuad bin Kamaludin dan Yang Dipertua Yayasan Sofa, Ustaz Md Farid Samad al-Hafiz.
Kunjungan ini antara lain diadakan bagi mengeratkan hubungan ahli kariah Nerasau yang merupakan antara kariah terawal perkembangan dakwah Syeikh Haji Muhammad Fuad khususnya di Negeri Sembilan.
Dalam ziarah singkat itu, mereka turut dibawa melawat sekitar Sekolah Tinggi Islam As Sofa Rembau yang menjadi saksi kejayaan hasil waqaf dan sumbangan orang ramai.
Semoga kunjungan ini diberkati oleh Allah SWT seterusnya mengembangkan lagi dakwah Ahli Sunnah Wal Jamaah.