SEKOTAK REZEKI, SERIBU HARAPAN
Pengalaman menyantuni penerima bantuan sebelum ini membuka mata kami bahawa masih ramai insan yang sedang berdepan kesempitan hidup dan memerlukan perhatian serta sokongan daripada kita. Ada yang kehilangan tempat berteduh, ada yang terjejas sumber pendapatan, malah ada yang terpaksa memulakan kehidupan semula dengan serba kekurangan. Yayasan Sofa terus komited untuk menyantuni mereka yang memerlukan melalui usaha menghulurkan bantuan dan berkongsi rezeki, khususnya kepada mereka yang diuji dengan musibah.
Kerana di sebalik setiap ujian, ada hati yang sedang bersedih, keluarga yang sedang berjuang dan insan yang mengharapkan sedikit sinar untuk meneruskan kehidupan. Marilah kita bersama-sama menghidupkan sunnah Rasulullah ﷺ dengan membudayakan sikap saling membantu dan menyayangi sesama insan. Mungkin bagi kita, sekadar sekotak barangan keperluan. Namun bagi mereka, itulah sinar harapan untuk meneruskan kehidupan. Ayuh, bersama Yayasan Sofa menyampaikan rezeki dan mengukir senyuman buat mereka yang memerlukan.
SEKOTAK REZEKI, SERIBU HARAPAN
Melalui Sofa Prihatin – Yayasan Sofa, kami mengajak anda bersama-sama menghulurkan sumbangan Kotak Rezeki kepada golongan yang memerlukan, khususnya:
SASARAN PENERIMA
– Mangsa banjir dan bencana alam
– Golongan fakir dan miskin
– Ibu tunggal
– Institusi pengajian & tahfiz memerlukan
– Pusat perlindungan
Hanya RM150 untuk satu Kotak Rezeki, kita mampu membantu meringankan beban dan menceriakan kehidupan sebuah keluarga yang memerlukan.
Mencari 4000 kotak dengan agihan kepada 4000 keluarga dalam masa setahun.
Ayuh, berkongsi rezeki. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
