Yayasan Sofa Negeri Sembilan (Yayasan Sofa) mengadakan perjumpaan bersama Angakatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) baru-baru ini, membincangkan kerjasama bagi menggalakkan ahli ANGKASA berinfak menerusi kaedah pemotongan gaji.
Kaedah ini menjadi pemudah cara kepada ahli ANGKASA untuk beramal di mana setiap sumbangan yang dipotong melalui gaji akan diagihkan kepada pembangunan institusi dan pendidikan pelajar tahfiz As Sofa.
Justeru Yayasan Sofa berbesar hati menyeru semua ahli ANGKASA khususnya kakitangan untuk menyangga dakwah bersama Yayasan Sofa dan ia dijadikan sebagai ‘tanah’ untuk menabur benih yang akan dituai di akhirat, kelak.
Borang kebenaran potongan gaji menerusi ANGKASA boleh diperoleh di Yayasan Sofa dan sebarang maklumat lanjut hubungi talian 019-6085993.
Perjumpaan diadakan bersama Pengurus Kanan Sektor Pertanian & Industri Asas Tani, Muhammad Zuhid Jamaludin; Pegawai Bahagian Perkhidmatan Kredit & Kewangan ANGKASA, Syahrul Nizam Abdul Muaz dan Pegawai Sokongan Komputer Unit Sistem BPA Keselamatan Maklumat, Muhammad Zawary Jamaluddin.
Sementara, pihak Yayasan Sofa dihadiri, Ketua Pegawai Operasi, Ustaz Muhammad Nu’aim Jeman; Ketua Jabatan Korporat, Puan Minarni Mat Saad; Ketua Jabatan Zakat (Korporat), Ustaz Mohd Safwan Mohd Noor dan Mohd Fikri Alimi Mohamad Noor.