May 17, 2023

TIADA NOKTAH DALAM BERDAKWAH

TERUS melangkah ke hadapan dan ke hadapan. Itulah yang giat dilakukan Yayasan Sofa dalam usaha memartabatkan pengajian tahfiz di negara ini ke peringkat tertinggi.

Alhamdulillah, satu pertemuan telah diadakan antara pihak Pengurusan Tertinggi Yayasan Sofa bersama Pos Malaysia dalam Majlis Jamuan Terbuka Pos Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam pertemuan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sofa, Ustaz Mohd Hanif Hamid bersama Ketua Pegawai Operasi, Tuan Amran Ismail dan Ketua Operasi Kewangan, Cik Nur Atiqah Abdul Rahman sempat membincangkan kerjasama yang boleh dilakukan bagi memperluaskan lagi jalinan antara Yayasan Sofa dan Pos Malaysia.

Antara lain yang dibincangkan adalah transformasi dan strategi baru dalam memberi nafas baru kepada Program Infaq dan Waqaf As Sofa di Pos Malaysia agar dapat memberi manfaat kepada lebih ramai umat Islam khususnya pelajar tahfiz.

Hadir sama pada majlis itu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Charles Brewer; Pengurus Agensi Unit Amanah, Puan Yasmin Ramli dan Ketua Pegawai Khidmat Pelanggan Kumpulan, Katherine Mah.

Alhamdulillah, lebih 5 tahun jalinan kerjasama antara Yayasan Sofa dan Pos Malaysia iaitu sejak 2018 telah membawa banyak manfaat kepada pembangunan fasiliti pelajar dan institusi As Sofa.

Yayasan Sofa mengucapkan JUTAAN Terima Kasih atas kerjasama yang terjalin ini.
Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan kita dan merealisasikan apa yang kita rancangkan.

P/s: Untuk mengetahui lanjut program- program As Sofa di Pos Malaysia, orang ramai bolehlah singgah ke Pos Malaysia di seluruh negara

Infaq Terbaru

1 Infaq 6 Kebaikan (INFAQ BUAT...

RM1,752 of RM10,000 raised

Borang Hajat, Infaq & Tah...

RM1,290 of RM10,000 raised

RAYUAN PEMBINAAN DEWAN DAN PUS...

RM780 of RM10,000 raised
Yayasan Sofa membawa falsafah Menghidupkan konsep Anjung Nabawi dengan menjaga khazanah illahiyyah dan Nabawiyah
  • +606-2230133
  • pejabat@yayasansofa.com.my
  • A -1-1 Jalan Dataran Sentral 1, Dataran Sentral, 70200 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.
Sumbangan Terus Infaq
Plihan Bahasa :
Plihan Bahasa :
© 2024 Yayasan Sofa. All rights reserved.
Website Developt By Digital Asia Studio