Ziarah Kelab United bikers Malaysia (UBM) dan Jalan kebun Riders Community (JKRC) ke Bangunan Bencana Kebakaran Tahfiz As Sofa Seremban - YAYASAN SOFA

Ziarah Kelab United bikers Malaysia (UBM) dan Jalan kebun Riders Community (JKRC) ke Bangunan Bencana Kebakaran Tahfiz As Sofa Seremban

SEREMBAN: Insiden kebakaran asrama perempuan Maahad Tahfiz As Sofa (MTAS), Seremban yang berlaku baru-baru ini mendapat perhatian ramai pihak termasuk dua kelab permotoran.

Pada 25 September lalu, seramai 37 peserta konvoi yang terdiri daripada ahli Kelab United bikers Malaysia (UBM) dan Jalan kebun Riders Community (JKRC) menziarahi bangunan MTAS malah turut menyalurkan sumbangan ikhlas kepada Tabung Bencana Kebakaran Asrama Perempuan MTAS.

Sumbangan diserahkan Pengerusi Kelab UBM, Encik Abdul Ghafar Ismail kepada Ketua Pegawai Operasi Yayasan Sofa, Ustaz Mohamad Safwan Bin Mohamad Noor.

Hadir sama wakil JKBC, Encik Miswan bin Sulor.

Yayasan Sofa mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak UBM dan JKRC di atas sumbangan tersebut. Insya-Allah, sumbangan ini akan diguna bagi baikpulih asrama yang musnah dan menyediakan semula kemudahan asrama yang terbakar

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate ยป