YAYASAN SOFA IMARAH RAMADHAN BERSAMA RAKAN STRATEGIK – YAYASAN SOFA

YAYASAN SOFA IMARAH RAMADHAN BERSAMA RAKAN STRATEGIK

Sepanjang Ramadhan 1445 Hijrah, Yayasan Sofa Negeri Sembilan melalui Jabatan Komunikasi Korporat dan Korporat Luar menjalankan aktiviti Ramadhan bersama rakan-rakan korporat mengimarahkan bulan mulia ini dengan pelbagai program.

Antara program yang telah dijalankan termasuk menyampaikan tazkirah sempena Ihya’ Ramadhan di Avisena Specialist Hospital malah turut membuka kaunter infaq dan zakat kepada kakitangan dan pelanggan hospital.

Yayasan Sofa juga menyertai bazar Ramadhan di beberapa Kementerian sekitar Putrajaya dengan membuka kaunter zakat, infaq dan wakaf bagi membolehkan kakitangan kerajaan memperbanyakkan amal kebajikan di bulan Ramadhan. Setiap sumbangan yang diberikan disalur kepada kempen yang dijalankan seperti, tahlil, khatam al-Quran dan Jom Buka Plus.

Di samping itu, Jabatan Korporat Luar juga turut melaksanakan agihan Waqaf Quran hasil daripada Waqaf Quran yang terdapat di semua cawangan POS Malaysia. Antara tempat yang telah dihantar seperti di Masjid Kariah Linggi, SAR Al-Ehsaniyyah, Port Dickson dan Sekolah Kebangsaan Mambau.

Turut dijalankan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim anjuran JKM, Masjid Kariah dan Program Khatam Al-Quran dan berbuka puasa perdana.

Semoga semua program yang dilaksanakan sepanjang Ramadhan 1445 Hijrah lalu memberikan hasil positif kepada rakan korporat yang menyertainya.

Translate »