Yayasan Al-Fateh Jadikan Yayasan Sofa Model Bangunkan Tahfiz - YAYASAN SOFA

Yayasan Al-Fateh Jadikan Yayasan Sofa Model Bangunkan Tahfiz

Yayasan Al-Fateh Jadikan Yayasan Sofa Model Bangunkan Tahfiz

SEREMBAN, 13 Oktober- Kejayaan 25 tahun Yayasan Sofa dalam membangunkan Institusi Pendidikan Tahfiz dan Turath menarik minat Yayasan Al Fateh dari Temerloh, Pahang untuk berkongsi rahsia dan pengalaman.

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Al-Fateh, Haji Fairuz Hisham Bin Nordin semasa kunjungan mahabbah ke pejabat Yayasan Sofa di sini, hari ini.

Beliau berkata, As Sofa yang sudah membina 15 institusi pendidikan adalah model yang patut dicontohi pihaknya yang sedang dalam perancangan memperkasakan institusi Al Fateh.

“Al-Fateh dibangunkan pada 2019 di Temerloh dan kami mempunyai misi besar dalam mengembangkan projek pembangunan pendidikan dan dakwah menjelang 2025,” katanya.

Dalam perbincangan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sofa, Tuan Amran Bin Ismail; Ketua Pegawai Operasi Yayasan Sofa, Ustaz Safwan Bin Mohamad Noor dan barisan pengurus Yayasan Sofa itu turut memberi idea dan pandangan bagi melancarkan misi pembangunan dan dakwah Al-Fateh.

Pertemuan turut dihadiri Pemegang Amanah Yayasan Al-Fateh, Haji Mohd Nordin Bin Mohd Noor dan Ketua Pegawai Operasi (Kewangan), Nur Atiqah Binti Abd Rahman.

Semoga pertemuan ini akan menjadi pencetus untuk Al-Fateh membangunkan Institusi Pendidikan Tahfiz di Temerloh di samping melebarkan sayap mereka menerusi misi pembangunan dan dakwah seterusnya, Insya-Allah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate ยป