Sumbangan Hari Raya Kepada Pelajar Tahfiz As Sofa - YAYASAN SOFA

Sumbangan Hari Raya Kepada Pelajar Tahfiz As Sofa

Tahun ini, kira-kira 50 pelajar Tahfiz ahfiz As Sofa menerima sumbangan Hari Raya Aidilfitri daripada Bank MBSB. Program tanggungjawab sosial korporat MBSB ini bertujuan untuk memberikan senyuman kepada anak-anak tahfiz yang dating daripada keluarga B40.

Sumbangan barangan bernilai hampir RM10,000 itu termasuk jubah, kain pelikat, telekung, kurma dan makanan ringan. Majlis meraikan kehadiran tetamu daripda pihak MBSB turut diadakan di Sekolah Tinggi Islam As Sofa Senawang pada 28 April 2022.

Yang turut hadir pada majlis penyerahan sumbangan itu ialah Pengurus Wilayah Selatan MBSB, Encik Mohd Hazuan Bin Mohamed Nor, Pengurus Deposit Wilayah Selatan MBSB, Encik Mohamad Rusydan Bin Mohd Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sofa, Ustaz Abdullah Bin Abdol Razak dan Mudir STIAS Senawang, Ustaz Mohammad Arif Bin Irmon.

Selain STIAS Senawang, sembilan dan tiga pelajar masing-masing daripada Maahad Tahfiz As Sofa Dataran Sentral, Seremban dan Darul Quran wal Hadith Nilai turut menerima sumbangan berkenaan.

Terima kasih kepada pihak MBSB di atas sumbangan ini. Semoga sumbangan ini menjadi asbab untuk dituai di akhirat kelak.

Pelajar STIAS Senawang hadir dalam majlis penyerahan sumbangan Hari Raya daripada MBSB

Wakil MBSB bergambar bersama-sama Ustaz Abdullah, kakitangan STIAS dan pelajar tahfiz STIAS, Senawang

Sumbangan daripada pihak MBSB yang disampaikan Encik Mohd Hazuan kepada pelajar

1 thought on “Sumbangan Hari Raya Kepada Pelajar Tahfiz As Sofa”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate ยป