SENTUHAN UKHUWAH DALAM MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN TAHFIZ - YAYASAN SOFA

SENTUHAN UKHUWAH DALAM MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN TAHFIZ

Januari Pembuka Tahun Yang Penuh Berkat


Alhamdulillah, tahun 2023 ini menjadi pembuka rezeki kepada As Sofa dalam menyusun langkah bagi merancakkan rancangan pembangunan pendidikan tahfiz As Sofa.

Justeru, bagi mencapai objektif itu dengan bersandarkan misi melahirkan hufaz al-Quran, As Sofa memulakan langkah dengan menjalinkan ukhuwah bersama Kementerian Pertahanan Malaysia, Kementerian Kewangan Malaysia dan Majlis Agama Islam Selangor.

Melalui ketiga-tiga kunjungan hormat ini, As Sofa percaya, ia bukanlah sekadar pertemuan biasa tetapi akan menjadi pembuka keberkatan dalam memperkasakan pendidikan tahfiz negara ini.
Semoga, dengan pertemuan ini akan menjadi asbab untuk meneruskan jalinan kerjasama melalui kempen dan program yang berkaitan pendidikan ukhrawi ini. Insya-Allah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate ยป