Santuni Warga Penjara, Jalinan Mesra PPIM dan Yayasan Sofa - YAYASAN SOFA

Santuni Warga Penjara, Jalinan Mesra PPIM dan Yayasan Sofa

Alhamdulillah.

Misi kemasyarakatan Yayasan Sofa kali ini diadakan dengan mengunjungi Penjara Wanita Kajang bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Kerjasama ini bertujuan untuk berkongsi rezeki disamping menyampaikan naskah al-Quran yang diperoleh daripada Waqaf Al-quran iaitu merupakan dalah satu produk Waqaf As Sofa yang boleh didapati di semua cawangan Pos Malaysia seluruh negara.

Kunjungan ziarah kali ini turut menyantuni penghuni Penjara Wanita Kajang dengan menyerahkan Infaq Rezeki PPIM.

Antara bantuan lain yang diserahkan termasuk, sejadah, telekung, susu bayi, oksigen tank dan keperluan peribadi penghuni.

Turut serta dalam ziarah itu, Yang Dipertua Yayasan Sofa, Ustaz Mohd Hanif Abd Hamid, Ketua Pegawai Kewangan Yayasan Sofa, Cik Nur Atikah Abd Rahman dan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam misi kali ini. Semoga Allah SWT memberkati kita semua Insya-Allah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate ยป