SAMBUTAN MAAL HIJRAH PELAJAR AS SOFA SEREMBAN - YAYASAN SOFA

SAMBUTAN MAAL HIJRAH PELAJAR AS SOFA SEREMBAN

SAMBUTAN MAAL HIJRAH PELAJAR AS SOFA SEREMBAN

Bahang sambutan Maal Hijrah masih terasa. Begitu juga di Sekolah Maahad Tahfiz As Sofa Seremban.

Bagi menghayati erti hijrah dengan lebih mendalam, jadual pelajar-pelajar yang terdiri daripada Maahad Tahfiz Rendah dan Menengah As Sofa Seremban diisi dengan pelbagai aktiviti berkonsepkan hijrah nabawiyah.

Sekolah Maahad Tahfiz As Sofa Seremban meneruskan tradisi sambutan Maal Hijrah bagi tahun 1444 Hijri dengan mengadakan pelbagai aktiviti bertemakan Ahlan Ya Muharam.

Program ini dirangka pihak sekolah bagi menyerapkan rasa cinta dan penghayatan pelajar terhadap Hijrah Nabawiah Baginda ﷺ.

Menerusi program ini juga, pelajar diberi peluang untuk menonjolkan bakat dan kreativiti masing-masing. Antara aktiviti yang menarik diadakan sejak Isnin lalu termasuk, mengadakan gotong-royong memasak bubur lambuk, melakar dan menghias ‘banner’ sambutan Maal Hijrah dan perarakan pelajar bersama guru-guru Maahad Tahfiz As Sofa Seremban di sekitar Kawasan sekolah.

Translate »