PU Amin, Sahabat As Sofa - YAYASAN SOFA

Yayasan Sofa Negeri Sembilan bersama Pencetus Ummah (PU) Amin menjalikan kolaborasi sebagai Sahabat As Sofa bagi tujuan pemerkasaan dalam mempromosikan institusi tahfiz di negara ini.

Sehubungan itu, Yayasan Sofa berbesar hati di atas penerimaan PU Amin untuk bersama-sama mengorak langkah menyampaikan dakwah dalam pelbagai platform termasuk, akhbar, digital, laman sosial, di stesen televisyen dan radio tempatan.

Sebagai Sahabat As Sofa, PU Amin atau nama sebenarnya, Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim akan memainkan peranan dalam mempromosikan Yayasan Sofa menerusi aktiviti yang akan di adakan di mana-mana Maahad Tahfiz As Sofa termasuk program promosi di media dan sebagainya.

PU Amin, ketika ditemui sejurus termeterainya perjanjian persefahaman (MoU) yang di adakan di pejabat Yayasan Sofa, berkata apa yang menarik perhatian beliau untuk menerima ‘salam perkenalan’ daripada As Sofa ialah kecenderungan yayasan ini dalam membangunkan Maahad Tahfiz serba sempurna kepada ahli Quran.

“Saya amat kagum dengan pendidikan yang disediakan di sini di mana ia bermula daripada tadika sehingga pendidikan tinggi iaitu Kolej As Sofa, malah saya lihat ramai pelajar kelahiran As Sofa kembali semula ke Yayasan Sofa untuk menabur bakti sebaik menamatkan pengajian.

“Antara sebab mengapa saya menerima Yayasan Sofa kerana brand yang sememangnya dipercayai berikutan setiap projek yang dilaksanakan dapat disiapkan dengan sempurna. Saya anggap ini adalah peluang yang diberi Allah SWT untuk saya berbakti kepada pelajar dan penuntut ilmu,” katanya.

Tambah beliau, bukan saja dirinya tetapi Yayasan Sofa memerlukan sokongan dan dorongan daripada semua masyarakat Islam untuk bersama-sama membangunkan lebih banyak institusi tahfiz menerusi Yayasan Sofa pada hari ini dan masa depan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sofa, Ustaz Abdullah Abdul Razak dalam ucapannya berkata, Yayasan Sofa yakin dan percaya dengan kreadibiliti PU Amin yang mempunyai pengaruh dalam dakwah yang dibawanya sejak 2015 lagi.

 

Translate »