Qurban As Sofa

YAYASAN SOFA 20 TAHUN DALAM MENGURUSKAN PROGRAM IBADAH QURBAN BERSAMA MASYARAKAT

‎MENJADI SAKSI DI HADAPAN ALLAH DI AKHIRAT KELAK

Ibadah qurban merupakan sesuatu ibadah yang akan mendatangkan ganjaran yang berlipat kaliganda dari Allah kepada sesiapa yang melaksanakannya, dalam sebuah hadits Baginda Rasulallah ada disebutkan :

“Pada setiap lembar bulunya itu kita memperoleh satu kebaikan.”
(HR. Ahmad dan Ibnu Majah).

Bukan itu sahaja, pada hari akhirat nanti, haiwan yang kita qurbankan akan menjadi saksi kita dihadapan Allah.

‎حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الدِّمَشْقِيُّ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ ابْنُ نَافِعٍ حَدَّثَنِي أَبُو الْمُثَنَّى عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا عَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلًا أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ مِنْ هِرَاقَةِ دَمٍ وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلَافِهَا وَأَشْعَارِهَا وَإِنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنْ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الْأَرْضِ فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

“Tidak ada amalan yang dikerjakan anak Adam ketika hari (raya) Qurban yang lebih dicintai oleh Allah dari mengalirkan darah, sesungguhnya pada hari kiamat ia akan datang dgn tanduk-tanduknya, kuku-kukunya & bulu-bulunya. Dan sesungguhnya darah binatang Qurban itu mendapat kedudukan disisi Allah disuatu tempat yang tinggi sebelum jatuh ke tanah, maka ikhlaskanhati kamu ketika berqurban itu.”
[HR. ibnumajah No.3117].

Oleh yang demikian bagi sesiapa yang mempunyai kemampuan maka marilah kita bersama sama untuk menyertai program ibadah Qurban pada tahun ini. Assofa menyediakan pengurusan ibadah Qurban terbaik kepada sesiapa yang menyertai kami.

 

Pada tahun 2018 ini, Yayasan Sofa akan menjalan program Qurban perdana kali ke – 20. Program ini merupakan program yang telah memasuki tahun ke-20 dalam aktiviti tahun Yayasan Sofa bersama ahli, pelajar dan masyarakat.

Setiap tahun jumlah mereka yang menyertai dan bersama didalam program ini semakin meningkat. kenapa tidak?, ini kerana Yayasan Sofa mempunyai sistem dan susunan terbaik dalam memastikan segala pengurusan program Qurban perdana mereka berjalan lancar. Ia bertujuan untuk memastikan setiap yang menyertainya berpuashati dengan amanah yang mereka berikan.

Antara kelebihan menyertai program Qurban bersama Yayasan Sofa adalah :

1. setiap lebihan daripada bahagian yang menyertainya akan disalurkan ke pembangunan pendidikan Yayasan Sofa Negeri Sembilan

2. pembahagian daging dan bahagian mengikut sistem yang sangat teratur

3. daging yang disedekahkan akan diberikan kepada masyarakat miskin, kumpulan yang memerlukan dan pelajar

4. Yayasan Sofa menyediakan program bersama peserta bermula pada hari Arafaj sehingga tamat program Qurban Perdana

5. Lembu yang dipilih adalah jenis terbaik (Jenis KK) yang mempunyai purata berat daging 85-100kg setiap seekor.

berikut liputan berita dan gambar program program Qurban bersama Yayasan Sofa tahun tahun sebelum ini:

 

http://m.utusan.com.my/rencana/agama/penghayatan-ibadah-generasi-generasi-y-1.381073