Waqaf As Sofa

KERJASAMA YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN DAN POS MALAYSIA BERHAD

Bermula 5 Februari 2018, produk-produk Yayasan Sofa seperti berikut telah mula ditawarkan di 700 cawangan POS Malaysia dan 30 unit Pos Bergerak (POS On-Wheel):

Waqaf-waqaf yang ditawarkan oleh Yayasan Sofa merupakan pakej yang unik kerana terdapat 4 jenis Waqaf serta memberi peluang kepada pewaqaf untuk menyertai bacaan tahlil & qurban untuk orang-orang yang disayangi.

1. Waqaf 6P

2. Waqaf 6P & Tahlil

3. Waqaf al Quran

4. Waqaf Sahih al Bukhari

5. Waqaf 6P & Qurban

 

Dengan hanya mengunjungi cawangan POS MALAYSIA yang berdekatan, hajat dan niat umat Islam di seluruh Malaysia untuk berwaqaf kini dapat direalisasikan dengan cekap, mudah dan pantas.

Pos Malaysia kini menjadi pusat sehenti didalam menawarkan pelbagai produk waqaf.

 

APAKAH KELEBIHAN ‘WAQAF AS SOFA’ ?

Waqaf 6P merupakan waqaf tunai yang dapat dimanfaatkan bagi pembangunan Islam secara lebih meluas.

Buat pertama kali di Malaysia, pewaqaf yang meyumbang melalui WAQAF 6P dihadiahkan Tahlil dengan memberikan nama-nama arwah untuk majlis Tahlil yang diadakan pada setiap hari Khamis di Sekolah Tinggi Islam As Sofa, Rembau atau di Kolej Islam As Sofa, Ampang.

Setiap peserta Qurban akan dihadiahkan 1 unit Waqaf 6P bernilai RM10. Waqaf 6P akan disalurkan untuk pendidikan, penajaan, pengkaderan (latihan), penyampaian (daqwah), penyelidikan & pengurusan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Yayasan Sofa di talian 03 4266 8444 (9.00 pagi hingga 5.00 petang)