Waqaf 6P

ANJURAN BERWAQAF

لَن تَنَالُواْ ٱلۡبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُواْ مِمَّا تُحِبُّونَۚ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَيۡءٖ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٞ “

Kamu tidak sekali-kali akan mencapai kebaikan (yang sempurna) sehingga kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan sesungguhnya Allah mengetahuinya.” (Surah Aali ‘Imran, ayat 92)

HIKMAH BERWAQAF

  1. Membuka ruang untuk mendekatkan diri dengan Allah dengan cara mengalirkan harta di jalan Allah. Sebagai balasan, pewaqaf beroleh ganjaran pahala.
  2. Amalan ini menjadikan impian seseorang mukmin tercapai. Ini kerana dengan amalan waqaf dia berpeluang menzahirkan pengabdiannya dan cintanya kepada Allah. Sesungguhnya perasaan cintakan Allah hanya dapat dizahirkan melalui amalan dan pelaksanaan.
  3. Dapat menunaikan impiannya untuk melihat kebajikannya sentiasa berterusan walaupun selepas kematiannya, dan ganjaran pahala sentiasa diperolehinya ketika di kubur walaupun dia tidak boleh lagi beramal di dunia.

WAQAF 6P (SUMBANGAN BULANAN SERENDAH RM10)

  • Waqaf 6P adalah sumbangan waqaf tunai serendah RM10, sumbangan melalui potongan bulanan yang diuruskan oleh CIMB Bank Berhad (Direct Debit).
  • Waqaf 6P akan disalurkan untuk tujuan Pendidikan, Penyelidikan, Pengkaderan (Latihan), Penajaan,  Pengurusan dan Penyampaian (Dakwah}.

CARA-CARA BERWAQAF :

  1. Sila hubungi/ sms/ whatsapp pegawai kami :
  • Mohamad Shahrin B Abdul Halim 018 2870866 / 03 42668444
  • Ustaz Hanif B Hamid 018 6673817 / 06 6756694

      2. Pegawai kami akan menghantar borang Direct Debit CIMB.

      3. Sila lengkapkan maklumat di borang dan serahkan kepada pegawai kami.

      4. Borang akan diproses dan penolakan wang dari akaun akan bermula mengikut tarikh yang diberikan di dalam borang.

Resit sumbangan pengecualian Cukai Pendapatan (di bawah sub seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967. Ruj. LHDN.01/35/42/51/179-6.5804. Tarikh kuatkuasa: 15.04.2007. No. warta: 30830.  Tarikh warta kerajaan :  21 Ogos 2013) akan dikeluarkan mengikut permintaan penyumbang.