PERKASA PENDIDIKAN ROHANI UNTUK PELAPIS MASA DEPAN - YAYASAN SOFA

Sinonim dengan misi dan visi Yayasan Sofa Negeri Sembilan, isu pendidikan menjadi tajuk utama bagi memperkasakan masyarakat Islam masa depan khususnya dalam menampilkan pemimpin berkaliber dan mempunyai ketrampilan dari sudut akademik dan agama.

Perkara ini diperlukan bagi membentuk pelapis masa depan yang bukan saja cemerlang akademik dan berintelek tetapi pengisian rohani dengan asas Islam yang kukuh.
Dalam pertemuan pertama kali bersama Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato’ Nadzim Johan, baru-baru ini berkata, situasi hari ini yang serba canggih memerlukan asas rohani bagi mengisi kemiskinan jiwa.

“Saya teruja dengan kehebatan Yayasan Sofa dalam usaha mendidik anak-anak masyarakat Islam disamping memperkasakan institusi pendidikan (tahfiz) ini.
“PPIM mencari-cari institusi yang boleh berikan resolusi kepada masyarakat Islam dalam memperkasakan isu pendidikan melalui program kerjasama yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya. 

Turut hadir dalam kunjung hormat ini adalah Yang Dipertua Yayasan Sofa, Ustaz Mohd Hanif Abd Hamid; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sofa, Amran Ismail dan Ketua Pegawai Kewangan, Nur Atiqah Abd Rahman.Semoga perjumpaan kali ini adalah jalan terbaik bagi kedua-dua pihak untuk melaksanakan sesuatu secara terancang .

Translate »