Yayasan Sofa Negeri Sembilan adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia dibawah Akta Pertubuhan 1966, bertujuan mencari dana bagi membawa, mempertahankan serta menyebarluaskan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) melalui penulisan, pendidikan dan dakwah.
NO.PENDAFTARAN : PPM-0210517022004
TARIKH MULA : 17 FEBRUARI 2004
PENDIDIKAN
Menyediakan infrastruktur Pendidikan Islam yang serba lengkap dan moden.
PENAJAAN
Pengurusan untuk menguruskan institusi dan prasarana yang serba moden dan lengkap.
PENYELIDIKAN
Menaja kerja-kerja untuk mengkaji dan menulis semula manuskrip lama berkaitan Ilmu Islam untuk rujukan masyarakat.
PENYAMPAIAN (DAKWAH)
Penajaan program dakwah seperti seminar, kelas agama dan konvensyen untuk penuntut ilmu dan masyarakat.
PENGKADERAN (LATIHAN)
Penajaan khusus, seminar dan latihan kepada penuntut ilmu untuk persediaan menjadi ‘Ulama dan ‘Umara sebagai peneraju pembangunan ummah.
PENAJAAN
Menaja pelajar cemerlang yang memerlukan bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.