PENDAFTARAN PELAJAR BAGI KEMASUKAN SESI BARU PERSEKOLAHAN - YAYASAN SOFA

PENDAFTARAN PELAJAR BAGI KEMASUKAN SESI BARU PERSEKOLAHAN

  • MAJLIS KEMUNCAK MAULID AL NUR ﷺ IHYA’ BULAN CAHAYA.

Rasa cinta dan kasih dalam diri setiap manusia selalunya diluahkan dengan perbuatan. Sedalam mana rasa cinta dan kasih itu bergabung, sedalam itu jugalah perbuatan akan ditunjukkan sesama manusia. Begitulah indahnya ciptaan Allah SWT, diciptakan dengan penuh kasih dan cinta.

Rasulullah ﷺ sebagai manusia teragung juga dilahirkan dengan penuh rasa cinta dan kasih. Malah, lebih hebat kasih-sayang Baginda ﷺ terhadap umatnya yang terdiri dalam kalangan manusia juga dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih yang tidak berbelah bahagi.

Bagi membuktikan rasa cinta dan kasih, bersempena bulan kelahiran Nabi Muhammad ﷺ pada 12 Rabiul’Awal 1443 bersamaan 19 Oktober 2021, Yayasan Sofa menyempurnakan rasa cinta terhadap Rasulullah ﷺ dengan meraikan kehadiran bulan mulia ini melalui pengisian berteraskan majlis ilmu dan sunnah Rasulullah ﷺ.

Majlis Maulidur Rasul ﷺ yang sememangnya menjadi rutin tahunan Yayasan Sofa itu turut dihadiri pengasas Yayasan Sofa, Dato’ Syeikh Haji Muhammad Fuad Kamaludin.

Sekiranya tahun lalu majlis diadakan secara dalam talian, tidak bagi tahun ini di mana majlis sambutan Maulidur Rasul ﷺ diadakan dengan meriah di Zawiyah Muhammadiah, Rembau, Negeri Sembilan.

Majlis kemuncak pada 19 Oktober 2021 iaitu hari kelahiran junjungan besar Nabi ﷺ, seramai lebih kurang 1,000 jemaah yang terdiri daripada kakitangan, alumni dan pelajar As Sofa turut bersama menyertai bacaan Maulid Mirghani dan pelancaran serta diskusi kitab terpilih.

  • Pendaftaran Pelajar Dan Permulaan Sesi Persekolahan

Pendaftaran kemasukan pelajar bagi tahun 2022 telah pun dibuka. Pendaftaran ini termasuklah pelajar ke Darul Quran Wal Hadith (Rendah), Sekolah Tinggi Islam As Sofa (Menengah), Mahaad Tahfiz As Sofa (Puteri) dan Tahfiz Rendah As Sofa.

Terdapat empat peringkat pengajian disediakan iaitu dari sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan kolej yang menjadikan pengajian Quran, Turath dan Akademik sebagai pilihan malah turut menyediakan sistem pengajian tradisional dan kontemporari berteraskan amalan sunnah.

Untuk maklumat lanjut pendaftaran dan pemilihan sekolah, anda boleh terus ke laman rasmi Kumpulan Pendidikan Sofa (SEG) di https://www.seg.edu.my.

1 thought on “PENDAFTARAN PELAJAR BAGI KEMASUKAN SESI BARU PERSEKOLAHAN”

  1. Assalamualaikum
    Bagaimana nak mohon kemasukan utk Sekolah tinggi Yayasan Sofa di Seremban bg tingkatan 1?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »