Melaksanakan Tanggungjawab Sosial Bersama Masyarakat dalam Kempen Jombuka Plus As Sofa – YAYASAN SOFA

Melaksanakan Tanggungjawab Sosial Bersama Masyarakat dalam Kempen Jombuka Plus As Sofa

Tahun ini, Yayasan Sofa membuka ruang kepada orang ramai untuk berinfak meraikan orang berpuasa melalui kempen Jom Buka Plus As Sofa.

Dalam kempen ini, Yayasan Sofa memilih golongan sasar untuk diraikan seperti sekolah tahfiz, rumah anak yatim dan asnaf, peniaga bazar tidak terkecuali gelandangan. Turut diadakan adalah kerjasama dengan Yayasan Kebajikan Negara menerusi gotong-royong menyiapkan bubur lambuk untuk diagihkan kepada gelandangan dan frontliner termasuk orang awam di sekitar Kuala Lumpur.

Selain itu, turut diraikan anak-anak yatim dengan kerjasama kariah Masjid Linggi dalam majlis berbuka puasa. Alhamdulillah, hasil sumbangan orang ramai sudahpun kami agihkan sepanjang Ramadhan tahun ini. Semoga dengan adanya kempen ini dapat kita berkongsi rezeki bersama golongan yang memerlukan dan kurang berkemampuan.

Membahagiakan orang yang kurang kemampuan dapat memberikan kita kegembiraan berpanjangan, Insya-Allah. Terima kasih kepada penyumbang Jom Buka Plus As Sofa.

Translate ยป