Majlis Sambutan Maulidur Rasul As Sofa 1444 Hijrah - YAYASAN SOFA

Majlis Sambutan Maulidur Rasul As Sofa 1444 Hijrah

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL AS SOFA 1444 HIJRAH

Alhamdulillah, majlis Maulidur Rasul ﷺ berlangsung dengan lancar sepanjang tiga hari iaitu bermula pada 7 Oktober lalu. Sepanjang majlis diadakan, palbagai program diisi terutama pemantapan ilmu disamping meraikan Maulid ﷺ yang sentiasa dirindui umat Islam.

Majlis yang diadakan di Surau Hasaniah, Rembau pada Jumaat dan Sabtu manakala pada hari Ahad diadakan di Kuala Lumpur itu dihadiri Pengasas As Sofa, Dato’ Haji Muhammad Fuad Kamaluddin, Yang Dipertua Yayasan Sofa, Ustaz Mohd Hanif Abd Hamid, pengurusan tertinggi As Sofa dan ulama Ahli Sunnah wal Jamaah, Amir Usamah Ibn Amir Muhammad Ibn Amir Ali al Idrisi.

Kira-kira 1,000 tetamu masing-masing terdiri daripada pelajar tahfiz As Sofa, warga kerja As Sofa, alumni As Sofa dan masyarakat Islam setempat turut hadir sepanjang program berlangsung.

Alunan bacaan al Quran, irama indah qasidah, selawat dan berzanji menjadi peneman buat hadirin yang merindui dan mencintai Rasulullah ﷺ. Turut diselitkan adalah tausiah daripada Dato’ Haji Muhammad Fuad sebagai pengisian jiwa dan rohani untuk dijadikan pendinding dalam menghadapi cabaran kehidupan pada masa depan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »