Majlis Penyerahan Kitab di Sekolah Tinggi Islam As Sofa, Rembau - YAYASAN SOFA

Majlis Penyerahan Kitab di Sekolah Tinggi Islam As Sofa, Rembau

REMBAU: Seramai 700 pelajar tahfiz menerima kitab berjudul Huraian Ringkasan Sirah Nabawiyah, Maulid Daiba’i dalam majlis ringkas yang diadakan di Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS), di sini, baru-baru ini.

Kitab hasil infaq orang ramai ini diterbitkan bersempena kehadiran bulan kelahiran Rasulullah ﷺ, tidak lama lagi adalah sebagai rujukan dan bahan bacaan pelajar tahfiz untuk mendalami pengertian sebenar mengenai sirah Baginda ﷺ.

Majlis Penyerahan itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sofa, Tuan Amran Ismail kepada Sekolah Tinggi Islam As Sofa Rembau, Maahad Tahfiz dan Turath As Sofa Rembau, Maahad Taufiqi dan Sekolah Tinggi Islam As Sofa Senawang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »