WAQAF AL QURAN BUAT ANAK-ANAK TAHFIZ - YAYASAN SOFA

WAQAF AL QURAN BUAT ANAK-ANAK TAHFIZ

Syukur ke hadrat Ilahi, misi Yayasan Sofa kali ini diteruskan ke Johor demi menyampaikan amanah para pewaqaf kepada generasi al Quran.

Alhamdulillah perjalanan ke Madrasah Al-Quran Al-Irsyad (Ulu Tiram), Madrasah Tahfiz Az Zahra (Nusajaya), Madrasah Tahfiz Bustanul Jannah (Masai) dan Madrasah Tahfiz Darul Al Furqan (Johor Bahru) dipermudahkan.

Sebanyak 232 naskhah al Quran yang disumbangkan oleh 3,480 penama dilaksanakan dengan jayanya, malah disambut baik oleh pengetua dan wakil madrasah.

Yayasan Sofa mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pewaqaf yang telah memberi sepenuh kepercayaan dalam menjayakan Program Waqaf al Quran di Pejabat Pos seluruh Malaysia.

Untuk sebarang pertanyaan atau penyertaan, anda boleh terus mengunjungi pejabat Pos yang berdekatan dengan anda.

Translate ยป