MAJLIS KHATAM PELAJAR MTAS, SEREMBAN BERLANGSUNG MERIAH - YAYASAN SOFA

MAJLIS KHATAM PELAJAR MTAS, SEREMBAN BERLANGSUNG MERIAH

Maahad Tahfiz As Sofa (MTAS), Seremban di sini, mengadakan Majlis Khatam al-Quran buat pelajar tingkatan lima, Khadijah Al Kubra Mohammad bagi meraikan kejayaannya menghafal 30 juzuk al-Quran sekaligus bergelar sebagai ‘hafizah’.

Kejayaan Khadijah Al Kubra ini akan menjadi sumber inspirasi dan penguat untuk pelajar lain yang sedang berusaha untuk menghafal al-Quran. Majlis dihadiri ibu-bapa Khadijah Al Kubra, barisan ustazah dan sahabat-handai MTAS.

Berkongsi petua berjaya menghafal al-Quran, Khadijah meletakkan tiga perkara sebagai asas untuk meraih kejayaan iaitu :-

– Menunaikan solat taubat dan sunat setiap awal pagi sebelum memulakan bacaan al-Quran
– Selalu meminta maaf daripada ibu-bapa, ustazah dan sahabat kerana dengan kemaafan jiwa dan emosi tidak terganggu sepanjang menjalankan aktiviti hafazan
– Sering meminta ibu-bapa dan ustazah mendoakan kejayaan terutama dalam membetulkan bacaan dan melancarkan hafazan

Translate »