Kunjungan Hormat PEKERTI NS Ke Sekolah Tinggi Islam As Sofa, Rembau - YAYASAN SOFA

Kunjungan Hormat PEKERTI NS Ke Sekolah Tinggi Islam As Sofa, Rembau

REMBAU: “Saya bangga kerana ada institusi seperti ini (As Sofa) dan seperti saya katakan kepada pelajar tadi mereka adalah insan terpilih dan seharusnya bersyukur kerana berada di sini.” Itu antara kata-kata daripada Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai-Pegawai Kanan Negeri Sembilan (PEKERTI NS), Yang Mulia Raja Datin Seri Dato’ Hajah Salbiah Binti Tengku Nujumudin.


Yayasan Sofa mengucapkan jutaan terima kasih kepada PEKERTI NS kerana sudi mengadakan lawatan ke Sekolah Tinggi As Sofa Rembau, baru-baru ini. Lawatan mahabbah yang disertai seramai 42 ahli PEKERTI NS itu diadakan bagi membolehkan mereka melihat sendiri hasil kejayaan dan infaq yang disalurkan kepada Yayasan Sofa.


Turut hadir, Pengarah Jabatan Pentarbiahan Institut Imam Ahmad Ibn Idris, Ustaz Md Farid Bin Samad Al-Hafiz ; Pengetua Sekolah Tinggi Islam As Sofa, Ustaz Norbadrulzaman Bin Nordin; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sofa, Tuan Amran Bin Ismail dan Ketua Pegawai Operasi Yayasan Sofa, Ustaz Mohamad Safwan Bin Mohamad Noor.


Yayasan Sofa juga amat berbesar hati menyambut kehadiran Naib Yang Dipertua PEKERTI NS, Ybhg Datin Seri Rozaida Noor Mohd Uzairi dan ahli jawatankuasa dan ahli PEKERTI.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »