BINA MAHLIGAI SYURGA BERSAMA AS SOFA
Tidak ada yang lebih bahagia selain memperoleh tuaian hasil dari amal jariah yang kita lakukan di dunia.
Jom, bersama As Sofa mengutip sebanyak yang boleh saham akhirat melalui Infaq Pelajar Tahfiz.
AHLI ALLAH
Ahli ilmu dan al Quran ini ibarat ladang yang punyai tanah subur untuk kita bercucuk tanam kerana mereka ini merupakan golongan yang mulia di sisi Allah SWT dan Rasulullah ﷺ.
Dari Anas bin Malik r.a, Nabi ﷺ bersabda:
“Sesungguhnya di sisi Allah SWT mempunyai ahli-ahli yang dilantik dari kalangan manusia. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah ﷺ! Siapakah mereka itu?” Baginda ﷺ bersabda: “Merekalah Penghafal dan pengajar Al-Quran, Mereka adalah golongan yang diutamakan.”
(Riwayat Ibn Majah)
Sertai Yayasan Sofa kerana
Kami mencari 1 JUTA daripada 18 juta umat Islam untuk infaq bulanan dengan hanya RM6 setiap bulan.
KENAPA RM6?
Ia adalah simbolik kepada 6 saluran, 6 Rukun Iman dan 6 hari diciptakan langit yang luas.
Setiap infaq yang diperoleh daripada anda, akan disalurkan ke
6 SALURAN ini :-
Semua infaq anda bertujuan untuk memartabatkan pendidikan tahfiz berlandaskan al-Quran dan Ahli Sunnah wal Jamaah.
Keistimewaan pelajar tahfiz As Sofa :-
✅ Mempelajari ilmu al-Quran dan Turath sehingga berjaya menghafal dengan baik
✅ Mengimarahkan setiap malam dengan majlis ilmu terutama malam Jumaat
✅ Seawal jam 4 pagi sudah memulakan hari dengan tahajjud dan bacaan al-Quran serta zikrullah
✅ Berketerampilan dari segi akademik, ilmu al-Quran dan sahsiah serta berpaksikan Ahli Sunnah wal Jamaah
Sertai kami HARI INI juga, infaq untuk saham abadi.
Firman Allah SWT maksudnya: “Allah SWT lah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam ENAM masa…”
(Al-Sajdah: 4)