KEJAYAAN ASOFA - YAYASAN SOFA

kejayaan yayasan sofa

  • Graduan KIS Lanjut Pelajaran Ke Maghribi

Lapan pelajar Kolej Islam As Sofa (KIS) kini menyambung pengajian mereka di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Mohammed V (UMV), Rabat, Maghribi.

Ketua Pegawai Eksekutif KIS, Mohd Sufi Ibrahim berkata, kumpulan pelajar itu menjadi sumber inspirasi kepada pelajar lain di institusi tahfiz dan turath As Sofa untuk terus cemerlang dalam pengajian masing-masing.

“Graduan KIS mempunyai jati diri dan keterampilan tinggi untuk dijadikan model kepada pelajar lain untuk mengikuti jejak langkah senior mereka menyambung pelajaran di sana.

“Melanjutkan pengajian di UMV adalah langkah permulaan untuk mengecapi kejayaan dalam bidang yang dipilih antaranya Syariah, Usuluddin dan Pengajian Islam,” katanya.

Terdahulu, kumpulan ketujuh alumni KIS itu tiba di Lapangan Terbang Mohammed V, Rabat dan disambut Perwakilan Pelajar As Sofa Maghribi, Zakiy Yamani, semalam.

Selain UMV, KIS juga menghantar pelajar ke Universiti Ez Zioutuna Tunis, Tunisia; Universiti Antarabangsa Afrika, Sudan dan Universitas Islam Negeri, Sulthan Thaha Saifuddin, Jambi, Indonesia.

  • 17 Alumni KIS Tamatkan Pengajian di Universiti Mohamed V, Rabat Maghribi

Tahniah kepada Alumni Kolej Islam As Sofa iaitu Kumpulan ke-4 kerana berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam di Universiti Mohamed V, Rabat Maghribi.

Selepas empat tahun di sana, semua mereka yang terdiri daripada 17 alumni Kolej Islam As Sofa akhirnya menggapai kejayaan di sana.

Kejayaan mereka di sana turut diraikan bersama pihak pengurusan kolej, tenaga pengajar, pelajar Kolej As Sofa, alumi dan lain-lain lagi.

Inilah antara pencapaian terbaik dalam dunia pendidikan di Yayasan Sofa di mana, semua pelajar yang dilahirkan bukan saja berjaya dalam Pendidikan Quran dan Turath tetapi mempunyai daya intelek yang seiring dengan dunia globalisasi.

Alhamdulillah. Tahniah untuk semua peserta Mahrajan Al Quran Sekolah-sekolah (MQSS) secara dalam talian peringkat Daerah Rembau tahun 2021 yang diadakan pada September lalu.

 

Tahniah diucapkan kepada Muhammad Syukry Adly Abdul Ghani di atas kejayaan menamatkan hafalan 30 juzul al Quran pada Ogos 2021 lalu.

Majlis khatam bagi meraikan kejayaan beliau diadakan melalui aplikasi Zoom dan Facebook rasmi Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) di mana turut dihadiri Pengetua STIAS, Ustaz Norbadrulzaman Nordin, pendidik STIAS dan ahli keluarga.

Inilah antara kejayaan Yayasan Sofa bagi memastikan anak-anak tahfiz ini terus berjaya dalam mendalami ilmu duniawi dan ukhrawi. Mereka bukan sahaja menguasai ilmu agama tetapi mampu menyertai pelbagai bidang profesinal.

Tiada yang lebih membahagiakan seorang ibu dan ayah selain melihat anaknya berjaya.
Alhamdulillah, hasil didikan di As Sofa, adik Andra dapat menghafal 30 Juzuk al Quran pada usia 9 tahun. Kejayaan ini tak mungkin dicapai tanpa insan hebat yang menyokong dan mendokong bagi menyediakan kemudahan pelajar ini. Semoga nama kita turut tersenarai dalam saham akhirat melahirkan generasi al Quran ini.

Translate »