Infaq Pendidikan As Sofa

YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN (INFAQ PENDIDIKAN AS SOFA)

KERJASAMA YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN (YSNS) DAN BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)

 

Isnin 25 Februari 2019.

Yayasan Sofa terus mengorak langkah melalui kerjasama strategik bersama Bank Simpanan Nasional dengan terhasilnya produk Infaq Pendidikan As Sofa.

Produk ini amat bermanfaat kerana ianya dapat membantu serta memudahkan hajat masyarakat untuk menyumbang melalui Infaq Pendidikan As Sofa.

Produk ini telah mula ditawarkan di 392 cawangan BSN dan 5,000 Ejen BSN di seluruh Malaysia serta atas talian www.mybsn.com.my.

Infaq Pendidikan As Sofa ini akan disalurkan bagi projek berkaitan Pendidikan Islam seperti pembangunan, penyelidikan dan penajaan.

 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Yayasan Sofa di talian atau layari:

03-4266 8444 (9.00 pagi hingga 5.00 petang)

 

www.yayasansofa.com.my

FB: yayasansofans