INFAQ PEMBANGUNAN KOMPLEKS PENDIDIKAN ISLAM AS SOFA  - YAYASAN SOFA

BILAKAH KALI TERAKHIR KITA BERSEDEKAH?

cuba kita Renungkan sebentar.. maaf jika pertanyaan Itu mengguris hatI

kadang-kadang kita bukan tak nak bersedekah,
tapi kita sering terlupa dan takde duit kecil, dan selalunya lelaki akan sedekah masa solat jumaat, itu pun kadang-kadang terlupa.
kalau tengok tabung masjid barulah teringat. betul tak?

Jadi tugas kami untuk sama-sama . mengingatkan untuk bersedekah

semua dah tahu tentang kelebihan sedekah ni,
bila kita sedekah, Allah bagi kita 10x ganda lebih banyak.

sangat banyak hadis cerita tentang kelebihan sedekah ni. Antaranya,

Mendapat rezeki yang tak disangka-sangka

Dihindari dan disembuhkan daripada mendapat penyakit dan malapetaka

Keluarga menjadi lebih bahagia dengan anak-anak yang soleh dan solehah.

Dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat

Hati jadi lebih tenang

HADIAH TERCINTA BUAT BAGINDA NABI MUHAMMAD

INFAQ Pembangunan Kompleks Pendidikan Islam As Sofa Mantau di Seremban.

Yayasan Sofa menjemput semua umat Islam menyertai antara   50,000 terawal sebagai Pencinta Rasulullah ﷺ

Program 50,000 Komuniti Pencinta Rasulullah ﷺ ini adalah landasan untuk kita, sebagai umat yang dikasihi Baginda ﷺ menzahirkan rasa kasih dan cinta buat junjugan besar Nabi Muhammad ﷺ.

Sokongan anda juga akan menjadi titik permulaan lahirnya pewaris dan legasi Rasulullah ﷺ yang akan meneruskan bait-bait dakwah dan pusaka yang ditinggalkan Baginda ﷺ iaitu al Quran dan Hadis.

Setiap satu infak anda menerusi pembinaan Kompleks Islam As Sofa, Mantau ini bakal melahirkan golongan ulama pewaris para Anbiya’ pada masa depan, InsyaAllah
Apalah lagi pelaburan terbaik dapat kita bawakan menemani di akhirat kelak selain pahala infaq yang mengalir berterusan.

Sabda Rasulullah ﷺ maksudnya:

“Siapa yang membangun satu masjid untuk Allah SWT maka Allah SWT akan membangunkan untuknya satu rumah di syurga.” (Muttafaq ‘alaih)

Bagi berkongsi keberkatan dan kelebihan yang istimewa ini, Yayasan Sofa membuka peluang kepada seluruh umat Islam di negara ini untuk merebut ganjaran ini dengan berinfaq bagi INFAQ PEMBINAAN KOMPLEKS PENDIDIKAN ISLAM AS SOFA SEREMBAN ini.

Tanah yang terletak di Jalan Mantau Indah, Seremban, Negeri Sembilan ini adalah berkeluasa 6.7 ekar dengan membabitkan pembelian berjumlah RM5,000,000.00 

APAKAH KOMPLEKS ISLAM AS SOFA SEREMBAN ? 

tonton video dibawah

Pelan Pembangunan Kompleks Islam As Sofa Mantau di Seremban.

kelebihan infaq bersama asofa

Ayuh bersama meraikan bulan Kelahiran Teragung ini dengan penuh kebaikan. 
Semoga ia menjadi saksi buat kita untuk dihimpunkan bersama Rasulullah ﷺ di akhirat kelak, dan mendapat syafaat oleh Baginda ﷺ. 

*Selepas pembayaran dilakukan, sebarang pembatalan pembayaran atau pembayaran balik tidak akan dikembalikan.

lafaz, infaq

“Saya dengan ini berinfaq sebanyak (jumlah wang yang diinfaqkan) atas nama (niat infaq atas nama siapa) untuk membina Kompleks Pendidikan Islam As Sofa Mantau  yang dikelola oleh Yayasan Sofa kerana Allah SWT”.

Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan membuat transaksi infaq. ﷺ

untuk pilihan infaq secara bulanan sila tekan butang dibawah

Translate »