”Ustaz, seronoknya kami jika dapat beribadah dalam surau yang lebih besar dan selesa,”
Allahu, sayu hati kami dengar rintihan anak pelajar Sekolah Tinggi Islam As Sofa Rembau ini.
Penambahan pelajar yang kian ramai saban tahun membuatkan surau tempat mereka beribadah dan menghabiskan masa hampir separuh hari makin pesat dan tidak lagi mampu menampung kapasiti pelajar.
Apatah lagi ketika penganjuran majlis kuliah dan Solat Jumaat.
PROJEK MENAIK TARAF SURAU HASANIAH
Justeru, Yayasan Sofa ingin mengajak anda semua untuk bersama-sama menghulurkan sumbangan ikhlas bagi melancarkan projek tersebut.
✅ Tempat ibadah utama pelajar STIAS, Rembau ✅ Penganjuran pengajian kitab mingguan ✅ Mendapat kelulusan surau Jumaat oleh JHEAINS
Semoga setiap saat surau ini diimarahkan, setiap detik itu pahalanya akan mengalir kepada kita. 🤲
*Selepas pembayaran dilakukan, sebarang pembatalan pembayaran atau pembayaran balik tidak akan dikembalikan.
lafaz, infaq
“Saya dengan ini berinfaq sebanyak (jumlah wang yang diinfaqkan) atas nama (niat infaq atas nama siapa) untuk membina Institusi Imam Ahmad Ibn Idris yang dikelola oleh Yayasan Sofa kerana Allah SWT”.
Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan membuat transaksi infaq. ﷺ