Yayasan Sofa menjemput semua umat Islam menyertai antara 50,000 terawal sebagai Pencinta Rasulullah ﷺ.
Program 50,000 Komuniti Pencinta Rasulullah ﷺ ini adalah landasan untuk kita, sebagai umat yang dikasihi Baginda ﷺ menzahirkan rasa kasih dan cinta buat junjugan besar Nabi Muhammad ﷺ.
Sokongan anda juga akan menjadi titik permulaan lahirnya pewaris dan legasi Rasulullah ﷺ yang akan meneruskan bait-bait dakwah dan pusaka yang ditinggalkan Baginda ﷺ iaitu al Quran dan Hadis.
Setiap satu infak anda menerusi pembinaan Kompleks Islam As Sofa, Mantau ini bakal melahirkan golongan ulama pewaris para Anbiya’ pada masa depan, InsyaAllah