HARI PENDIDIKAN POS MALAYSIA 2022 – YAYASAN SOFA

HARI PENDIDIKAN POS MALAYSIA 2022

Pada 20 Julai yang lalu, wakil daripada Unit Pos Yayasan Sofa Negeri Sembilan menghadiri Hari Pendidikan Pos yang bertempat di Pejabat Pos Besar Ipoh, Perak. Seramai tiga kakitangan Unit Pos Yayasan Sofa yang berkunjung ke Ipoh, sementara beberapa lagi kakitangan yang mewakili Kolej Islam As Sofa menghadiri program sama di Pejabat Pos Besar Seremban.

Kehadiran wakil Unit Pos Malaysia Yayasan Sofa, disambut oleh Business Operations Sales Support, Puan Edayu. Program yang bermula dari jam 9 pagi hingga 4 petang itu memberikan peluang kepada kami untuk membuka booth dan mempromosikan institusi pendidikan kelahiran Yayasan Sofa kepada pengunjung Pejabat Pos Besar Ipoh.

Sedar atau tidak, Yayasan Sofa telah berjaya menubuhkan 14 institusi pendidikan sejak 25 tahun penubuhannya. Antaranya termasuklah Kolej Islam As Sofa (Ampang), As Sofa Centre of Excellence (Hulu Langat), Maahad Tahfiz & Turath As Sofa (Rembau), Sekolah Tinggi Islam As Sofa (Rembau, Senawang), Darul Quran Wal Hadith As Sofa (Nilai, Rinching, Ampang, Kajang), Maahad Tahfiz As Sofa (Seremban), Tahfiz Rendah As Sofa (Seremban), Darul Quran Wal Hadith As Sofa (Ampang) dan Aulad As Sofa (Seremban, Ampang).

Institusi pendidikan Yayasan Sofa membuahkan natijah yang cemerlang sehingga mampu melahirkan cendekiawan. Justeru itu, Hari Pendidikan Pos Malaysia ini sangat wajar dilaksanakan bagi menarik minat lebih ramai lagi insan yang akan menabur manfaat untuk ummah kelak.

Translate ยป