HARI ASYURA AS SOFA DISAMBUT PENUH MERIAH - YAYASAN SOFA

HARI ASYURA AS SOFA DISAMBUT PENUH MERIAH


Suasana sambutan Hari Asyura pada 10 Muharram 1444 lalu di perkarangan Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS), Rembau umpama berada di perkampungan sunnah. Warga As Sofa yang terdiri daripada Yayasan Sofa dan institusi pendidikan As Sofa, bersama -sama berganding bahu melaksanakan rewang dan gotong-royong sejak awal pagi.

Antara aktiviti yang dilakukan adalah, menyediakan bahan masakan untuk juadah berbuka puasa. Menu utama pada hari tersebut adalah bubur Asyura atau bubur lambuk. Sementara itu, turut diadakan ialah gotong-royong membersihkan Surau Hasaniah dan kawasan perkarangan STIAS.

Melalui program ini, warga kerja As Sofa dapat berkumpul mengeratkan silaturrahim dan dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat. Program Hari Asyura itu turut diisi dengan slot zikir dan tazkirah Hari Asyura oleh Pengasas As Sofa, Dato’ Haji Muhammad Fuad Kamaludin yang dipancarkan secara ‘live-stream’.

Translate »