July 14, 2022

ZIARAH YAYASAN SOFA KE POS MALAYSIA PAHANG

ZIARAH YAYASAN SOFA KE POS MALAYSIA PAHANG

Berbekalkan misi yang sama, Unit Pos Yayasan Sofa Negeri Sembilan telah mengadakan ziarah ke POS Malaysia Pahang selama tiga hari bermula 7 sehingga 9 Jun 2022. Seramai enam kakitangan ditugaskan untuk melaksanakan misi kali ini di mana dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut zon yang berbeza.

Hasrat utama program ziarah ini untuk menghargai kakitangan POS Malaysia yang komited dalam memperkenalkan dan mempromosikan produk Waqaf As Sofa kepada pelanggan POS Malaysia. Sebanyak 41 pejabat POS Malaysia telah berjaya diziarahi sepanjang tiga hari di sana.

Selain itu, wakil Unit Pos Yayasan Sofa bersama pihak POS Malaysia Pahang turut melontarkan idea dan pandangan serta berkongsi beberapa penambahbaikan bagi produk Waqaf As Sofa di semua cawangan POS Malaysia khususnya di Pahang.

Sedar atau pun tidak, sudah mencecah empat tahun Yayasan Sofa dan POS Malaysia menjalinkan kerjasama menerusi Waqaf As Sofa. Waqaf ini menyediakan enam produk waqaf antaranya Waqaf 6P, Waqaf 6P dan Tahlil, Waqaf Al Quran, Waqaf Sahih Al Bukhari, Waqaf Tajaan Berbuka Puasa serta Waqaf Tajaan Pelajar. Kesemua produk waqaf tersebut boleh didapati di seluruh cawangan POS Malaysia.

Infaq Terbaru

RAYUAN PAGAR TAHFIZ DAN ANAK Y...

RM265 of RM10,000 raised

1 Infaq 6 Kebaikan (INFAQ BUAT...

RM2,094 of RM10,000 raised

Borang Hajat, Infaq & Tah...

RM3,580 of RM10,000 raised
Yayasan Sofa membawa falsafah Menghidupkan konsep Anjung Nabawi dengan menjaga khazanah illahiyyah dan Nabawiyah
  • +606-2230133
  • pejabat@yayasansofa.com.my
  • A -1-1 Jalan Dataran Sentral 1, Dataran Sentral, 70200 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.
Sumbangan Terus Infaq
Plihan Bahasa :
Plihan Bahasa :
© 2024 Yayasan Sofa. All rights reserved.
Website Developt By Digital Asia Studio