Yayasan Sofa Negeri Sembilan (Yayasan Sofa) meneruskan misi yang sama di mana kali ini menziarahi POS Malaysia Johor pada 17 hingga 19 Mei lalu. Sebanyak 58 pejabat POS Malaysia telah pun dilawati sepanjang tiga hari di sana.
Matlamat utama program ziarah ini untuk menghargai kakitangan POS Malaysia yang komited memperkenalkan dan mempromosikan produk Waqaf As Sofa kepada pelanggan POS Malaysia. Ziarah ini turut dijadikan sebagai landasan untuk mengukuhkan silaturrahim yang terjalin sejak Februari 2018.
Selain bertanya khabar, wakil Yayasan Sofa juga berkongsi pendapat bersama Pengurus POS Cawangan yang dilawati bagi menambah baik produk Waqaf As Sofa di semua cawangan POS Malaysia.
Yayasan Sofa dan POS Malaysia menjalinkan kerjasama korporat sejak empat tahun lalu menerusi Waqaf As Sofa yang menyediakan enam produk waqaf iaitu, Waqaf Sahih Al Bukhari, Waqaf 6P, Waqaf Tajaan Pelajar, Waqaf Tahlil, Waqaf Buka Puasa dan Waqaf Al Quran yang boleh didapati di semua cawangan POS Malaysia.