July 25, 2023

YAYASAN SOFA-SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1445H

MAAL HIJRAH 1445 As Sofa

Salam Maal Hijrah 1445.

Setahun sudah berlalu membawa kebaikan yang kita lakukan dan tahun baharu ini pastinya kita mahukan lebih banyak lagi kebaikan di mana ia bukan hanya untuk diri sendiri tetapi buat ahli al-Quran khususnya dan masyarakat Islam seluruh dunia.

Alhamdulillah, Yayasan Sofa melangkah ke tahun 1445 ini dengan penuh misi dan visi. Tidak lain dan tidak bukan, sudah tentu misi untuk memperkasakan pendidikan tahfiz di negara ini supaya seiring dengan keperluan semasa dari segi duniawi dan ukhrawi.

Sehubungan itu, bagi mengimarahkan sambutan Maal Hijrah 1445, Yayasan Sofa meraikan kehadiran tahun baharu ini dengan mendekatkan diri dan hati kepada Allah SWT menerusi program ambang Maal Hijrah di Maahad Tahfiz dan Turath As Sofa, Rembau di sini pada 18 Julai lalu.

Program dihadiri Pengasas As Sofa, Dato’ Muhammad Fuad Kamaludin turut diserikan dengan kehadiran ulama dunia masing-masing adalah, Dr Sayyid Muhammad Al Mujaddidi Al Idrisi dan Dr Sayyid Muhammad Al Hasan Al Idrisi.

Pengisian pada malam tersebut dimulai dengan bacaan Yasin dan selawat, diikuti dengan bacaan doa akhir tahun, solat jemaah, dan doa awal tahun serta tazkirah yang disampaikan sendiri Dato’ Muhammad Fuad.

Insya-Allah, semoga dengan pengisian ilmu ini dapat mengukuhkah hati dan diri untuk terus berdiri teguh berdepan cabaran dunia dengan memperbanyakan amalan dan kebaikan.

Infaq Terbaru

RAYUAN PAGAR TAHFIZ DAN ANAK Y...

RM1,345 of RM10,000 raised

1 Infaq 6 Kebaikan (INFAQ BUAT...

RM2,454 of RM10,000 raised

Borang Hajat, Infaq & Tah...

RM4,470 of RM10,000 raised
Yayasan Sofa membawa falsafah Menghidupkan konsep Anjung Nabawi dengan menjaga khazanah illahiyyah dan Nabawiyah
  • +606-2230133
  • pejabat@yayasansofa.com.my
  • A -1-1 Jalan Dataran Sentral 1, Dataran Sentral, 70200 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.
Sumbangan Terus Infaq
Plihan Bahasa :
Plihan Bahasa :
© 2024 Yayasan Sofa. All rights reserved.
Website Developt By Digital Asia Studio