INFAQ PEMBANGUNAN TAHFIZ
RM1,483 of RM10,000 raised

Kunjungan mahabbah daripada pihak Hospital Andorra, Seri Kembangan yang diwakili Ketua Tadbir Urus Korporat Hospital Andorra iaitu Tuan Muhammad Zhariff Desa disambut baik Yayasan Sofa dan Kolej Islam As Sofa.
Kunjungan julung kali ini bertujuan membincangkan lebih lanjut mengenai tawaran perkhidmatan Yayasan Sofa kepada Hospital Andorra melalui kepakaran dan pengalaman yang terdapat di sini khususnya dalam bidang akademik seperti Kolej Islam As Sofa.
Semoga kunjungan ini bakal menjalinkan hubungan korporat antara Yayasan Sofa dan Hospital Andorra dalam menyumbang pembangunan modal insan negara.
