Program kerjasama antara Yayasan Sofa dengan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan (JBS) ini diadakan buat julung kalinya pada Ramadhan tahun ini.
Majlis tadarus ini dilaksanakan oleh dua Maahad Tahfiz iaitu Sekolah Tinggi Islam As Sofa Rembau dan Maahad Tahfiz As Sofa Dataran Sentral, Seremban yang dipilih sebagai tuan rumah bagi menjalankan Program Rakan Muda Ramadhan Peringkat Daerah pada tahun ini.
Program ini adalah antara modul pengisian yang diadakan setiap tahun oleh JBS Negeri Sembilan di mana ia dilaksanakan oleh JBS peringkat daerah iaitu JBS Seremban dan JBS Rembau.
Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mengimarahkan bulan Ramadhan dengan tadarus dalam kalangan belia berusia antara 15 tahun hingga 17 tahun.
Sepanjang program tadarus berlangsung, seramai 20 pelajar As Sofa Bersama dua guru pembimbing turut serta menjalani tadarus berjemaah sepanjang 15 hingga 20 hari Ramadhan.
Program ini diakhiri dengan majlis Khatam al Quran beramai-ramai di mana majlis tersebut dikendalilan sendiri oleh JBS di daerah masing-masing dengan penuh meriah.
Majlis khatam quran bersama Maahad Tahfiz As Sofa Dataran Sentral Seremban
Penyampaian cenderhari daripada wakil Jabatan Belia dan Sukan Seremban kepada wakil Maahad Tahfiz As Sofa
Majlis khatam Quran anjuran Jabatan Belia dan Sukan Rembau di STIAS Rembau
Majlis diadakan di surau STIAS Rembau bersama kakitangan JBS, pelajar STIAS, kakitangan dan wakil Yayasan Sofa