October 23, 2023

SERAHAN VAN WAKAF KEPADA INSTITUSI PENDIDIKAN AS SOFA

Tidaklah tertegak dakwah As Sofa jika bukan kerana sokongan dan dokongan dari seluruh umat Islam yang sentiasa prihatin terhadap perjalanan institusi tahfiz serta pengajian Islam di negara ini.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tabung Haji atas sumbangan sebuah van waqaf kepada As Sofa hari ini. Sumbangan disampaikan oleh Pengarah Tabung Haji Negeri Sembilan, Encik Muhammad Zaki Baijuri kepada Yang DiPertua Yayasan Sofa, Ustaz Mohd Hanif Abd Hamid.

Inisiatif Tabung Haji yang menyelaraskan sumbangan wakaf orang ramai melalui kempen serahan van wakaf ini disifatkan sebagai hadiah bermakna buat institusi As Sofa dalam memperkasakan pendidikan tahfiz.

Insya-Allah van ini akan digunakan sebagai pengangkutan khas kepada pelajar tahfiz untuk menghadiri program ilmu dan sebagainya.

Semoga hubungan yang terjalin antara Tabung Haji dan Yayasan Sofa akan terus berkekalan yang secara langsung membawa manfaat dan 1001 keberkatan kepada pewakaf serta pelajar tahfiz As Sofa. Insya-Allah.

Infaq Terbaru

RAYUAN PAGAR TAHFIZ DAN ANAK Y...

RM240 of RM10,000 raised

1 Infaq 6 Kebaikan (INFAQ BUAT...

RM2,052 of RM10,000 raised

Borang Hajat, Infaq & Tah...

RM3,270 of RM10,000 raised
Yayasan Sofa membawa falsafah Menghidupkan konsep Anjung Nabawi dengan menjaga khazanah illahiyyah dan Nabawiyah
  • +606-2230133
  • pejabat@yayasansofa.com.my
  • A -1-1 Jalan Dataran Sentral 1, Dataran Sentral, 70200 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.
Sumbangan Terus Infaq
Plihan Bahasa :
Plihan Bahasa :
© 2024 Yayasan Sofa. All rights reserved.
Website Developt By Digital Asia Studio