September 26, 2023

SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-66 BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG BEMBAN, JASIN.

Alhamdulillah, sambutan kemerdekaan lalu disambut meriah dan dengan iringan doa supaya kebebasan yang dirasai ini berkekalan buat selamanya. Tahun ini, Yayasan Sofa berpeluang meraikan sambutan ambang kemerdekaan bersama-sama penduduk kampung Lubuk Kasau, Bemban, Jasin.

Pada sambuntan itu, masyarakat kampung yang terdiri daripada warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan fakir miskin menerima sumbangan orang ramai menerusi kempen Kotak Rezeki Yayasan Sofa.

Ia disampaikan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Md Sham Dali bagi meraikan sambutan ambang kemerdekaan yang diadakan bersama masyarakat kampung berkenaan.

Ini adalah antara misi tanggungjawab sosial Yayasan Sofa bersama masyarakat dalam menyebarkan dakwah Islamiah di mana menerusi aktiviti seperti ini Yayasan Sofa dapat mengajak lebih ramai pihak korporat dan individu untuk bersama-sama menjayakan Kempen Kotak Rezeki ini.

Justeru, Yayasan Sofa mengalu-alukan kehadiran semua pihak yang ingin menyertai program Kotak Rezeki sama ada dalam bentuk barangan atau wang tunai dengan menghubungi Jabatan Korporat Yayasan Sofa di talian 06-2230133 / 011-20834345.

Infaq Terbaru

RAYUAN PAGAR TAHFIZ DAN ANAK Y...

RM265 of RM10,000 raised

1 Infaq 6 Kebaikan (INFAQ BUAT...

RM2,094 of RM10,000 raised

Borang Hajat, Infaq & Tah...

RM3,580 of RM10,000 raised
Yayasan Sofa membawa falsafah Menghidupkan konsep Anjung Nabawi dengan menjaga khazanah illahiyyah dan Nabawiyah
  • +606-2230133
  • pejabat@yayasansofa.com.my
  • A -1-1 Jalan Dataran Sentral 1, Dataran Sentral, 70200 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.
Sumbangan Terus Infaq
Plihan Bahasa :
Plihan Bahasa :
© 2024 Yayasan Sofa. All rights reserved.
Website Developt By Digital Asia Studio