Inilah suasana di Rembau Negeri Sembilan apabila tibanya Hari Raya Aidiladha. Kelihatan wajah-wajah gembira dan bahagia ketika melakukan persiapan korban sehingga selesai program korban bagi tahun ini.
Alhamdulillah, Yayasan Soga sekali lagi diberikan tanggungjawab sebagai pelaksana program Qurban Plus bagi tahun 1444 Hijrah (2023). Seperti tahun-tahun sebelum ini, pelaksanaan korban yang diadakan di Rembau Negeri Sembilan mendapat sambutan meriah dalam kalangan warga kerja Yayasan Sofa, tenaga pengajar, pelajar-pelajar dan masyarakat Islam setempat.
Suasana perkampungan sunah dirasai sehari sebelum Hari Raya Aidiladha di mana persiapan program korban dibuat secara gotong-royong. Itulah indahnya rutin tahunan As Sofa, sentiasa bersama-sama mengimarahkan majlis keraian Islam.