SEREMBAN, 24 OKTOBER – Bak kata orang, “Jika bukan kerana yang lama, mana datangnya yang baharu dan jika bukan kerana jasa orang lama, mana mungkin datangnya kejayaan hari ini.”
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya majlis Penyampaian Watikah Pelantikan kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) Yayasan Sofa sesi 2023-2025 yang diadakan di pejabat operasi Yayasan Sofa, Seremban Negeri Sembilan.
Majlis penyerahan disempurnakan oleh Yang DiPertua Yayasan Sofa, Ustaz Md Farid Samad al Hafiz kepada :
– Timbalan Yang Dipertua : Amran Bin Ismail
– Naib Ydp : Mohd Khuzairi Bin Yusoff
– Setiausaha : Siti Khatijah Binti Alias
– Bendahari : Hanafi Bin Mahamod
AJK:
– Hj Ahmad Bin Che’ Wan
– Prof Madya Dr. Mohd Faizal Bin Mohideen Batcha
– Dr Shazarel Bin Shamsudin
– Datin Nor Azah Bt Bachik
– Siti Lailatul Aqma Bt Omar@abas
Seluruh warga Yayasan Sofa mengucapkan Tahniah kepada AJK Yayasan Sofa yang baharu dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mantan YDP dan AJK sesi 2021-2023 atas jasa bakti sebelum ini.
Diharap dengan gabungan kepakaran ini mampu memacu misi dan visi As Sofa ke arah lebih cemerlang pada masa hadapan.
Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan kita dalam menegakkan dakwah Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini. Insyaallah