November 20, 2023

LAWATAN PENGASAS AS SOFA KE PEJABAT URUSAN YAYASAN SOFA,SEREMBAN

SEREMBAN, 26 OKTOBER- Meluangkan masanya yang berharga, Pengasas dan Syeikh As Sofa, Dato’ Syeikh Haji Muhammad Fuad Bin Kamaludin mengambil kesempatan melawat pejabat urusan Yayasan Sofa Negeri Sembilan, di Seremban, hari ini.
Lawatan ini merupakan ziarah pertama dilakukan beliau selepas Mesyuarat Agung ke-19 Ahli Jawatankuasa Yayasan Sofa sesi 2023-2025 yang diadakan baru-baru ini.
Dalam sesi lawatannya, Dato’ Syeikh Haji Muhammad Fuad turut beramah mesra dan bertanya khabar dengan warga kerja Yayasan Sofa disamping memberikan sedikit buah pandangan bagi memajukan lagi institusi As Sofa khususnya Yayasan Sofa.
Alhamdulillah, semoga dengan lawatan ini dapat memberi semangat baharu kepada warga kerja yang kini berada di bawah pucuk kepimpinan baharu supaya dapat terus memartabatkan pengajian al-Quran sekaligus memperkasakan pendidikan tahfiz negara.
Kata orang ‘Tuah ayam nampak di kaki”, tetapi tuah berkhidmat bersama ulama’ Insya-Allah memperoleh keberkatan Allah SWT.
Semoga lawatan ini mendapat berkat dan rahmat Allah SWT dan dipermudah segala urusan Yayasan Sofa.

Infaq Terbaru

RAYUAN PAGAR TAHFIZ DAN ANAK Y...

RM110 of RM10,000 raised

1 Infaq 6 Kebaikan (INFAQ BUAT...

RM1,866 of RM10,000 raised

Borang Hajat, Infaq & Tah...

RM1,630 of RM10,000 raised
Yayasan Sofa membawa falsafah Menghidupkan konsep Anjung Nabawi dengan menjaga khazanah illahiyyah dan Nabawiyah
  • +606-2230133
  • pejabat@yayasansofa.com.my
  • A -1-1 Jalan Dataran Sentral 1, Dataran Sentral, 70200 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.
Sumbangan Terus Infaq
Plihan Bahasa :
Plihan Bahasa :
© 2024 Yayasan Sofa. All rights reserved.
Website Developt By Digital Asia Studio