January 25, 2024

KUNJUNGAN YAYASAN SOFA KE PHN INDUSTRY AUTOMOTIF, SHAH ALAM

Alhamdulillah, Yayasan Sofa dijemput berkunjung ke PHN Industry Sdn Bhd, Shah Alam, di sini, bagi tujuan mempromosikan produk As Sofa termasuk zakat.

Pertemuan pertama kali ini disambut baik oleh warga kerja PHN Industry yang dihadiri oleh Ketua Jabatan Sumber Manusia, Operasi dan Pentabiran, Encik Alias Mohamed Lela; Ketua Jabatan Pengurusan Bakat, Puan Nasah Dawan dan dua lagi pegawainya.

Dalam pertemuan ini, topik utama disampaikan adalah berhubung produk zakat di mana Yayasan Sofa mengalu-alukan kakitangan swasta mahupun kerajaan untuk berzakat melalui Yayasan Sofa.

Sebagai amil bertauliah Lembaga Zakat Selangor, Yayasan Sofa menyediakan landasan pembayaran zakat pendapatan, simpanan, emas, fitrah, perniagaan dan sebagainya hanya melalui platform atas talian (online).

Selain itu, turut dibentangkan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sofa, Ustaz Muhammad Arif Irmon ialah slot ilmu di mana Yayasan Sofa menyediakan rantaian program ilmu untuk dikongsi bersama warga kerja PHN Industry secara fizikal dan atas talian.

Semoga dengan pertemuan ini dapat menjadi laluan dalam jalinan kerjasama kedua-dua pihak.

Infaq Terbaru

RAYUAN PAGAR TAHFIZ DAN ANAK Y...

RM265 of RM10,000 raised

1 Infaq 6 Kebaikan (INFAQ BUAT...

RM2,094 of RM10,000 raised

Borang Hajat, Infaq & Tah...

RM3,580 of RM10,000 raised
Yayasan Sofa membawa falsafah Menghidupkan konsep Anjung Nabawi dengan menjaga khazanah illahiyyah dan Nabawiyah
  • +606-2230133
  • pejabat@yayasansofa.com.my
  • A -1-1 Jalan Dataran Sentral 1, Dataran Sentral, 70200 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.
Sumbangan Terus Infaq
Plihan Bahasa :
Plihan Bahasa :
© 2024 Yayasan Sofa. All rights reserved.
Website Developt By Digital Asia Studio