Alhamdulillah, pertemuan bersama Avisena Healthcare, Shah Alam yang diadakan baru-baru ini bertujuan untuk melebarkan landskap perkhidmatan Yayasan Sofa Negeri Sembilan kepada kakitangan hospital khususnya milik bumiputera Islam.
Pertemuan julung kalinya ini diadakan bersama Presiden Kelab Rekrasi Avisena, Encik Riduan Abd Hamid bersama Timbalan Presiden, Puan Fathiyah Mahfuz, wakil Sumber Manusia, Cik Ilmy Shahidan dan beberapa biro kerohanian termasuk wakil Yayasan Avisena.
Melalui pertemuan ini, antara perkara yang dikongsi adalah produk Yayasan Sofa bagi tahun 2024 iaitu menawarkan perkhidmatan dan kepakaran menerusi program ilmu dan kursus khas kepada kakitangan hospital, merangkumi pembelajaran dan praktikal menguruskan pesakit mengikut acuan Islam bermula dari menerima pesakit sehingga selesai rawatan.
Ketua Pegawai Eksekutif Yaysan Sofa, Ustaz Muhammad Arif Irmon dalam pertemuan itu membentangkan kerjasama lain yang boleh diadakan bersama-sama Avisena di mana Yayasan Sofa bukan saja jalan dakwah tetapi menjadi landasan dengan menyediakan perkhidmatan menunaikan zakat, berinfaq termasuk slot motivasi dan tazkirah membabitkan rohani dan emosi dan sebagainya.
Turut hadir, Yang DiPertua Yayasan Sofa, Ustaz Farid Md Samad al-Hafiz; Timbalannya, Tuan Hj Amran Ismail dan Pengurus Korporat dan Dana, Mohd Fikri Alimi Mohamad Nor.
Semoga pertemuan ini menjadi asas kepada jalinan kerjasama pada masa terdekat ini, Insya-Allah.