Selangkah ke hadapan, itulah yang sedang dilaksanakan oleh Yayasan Sofa bagi memperkasakan pengajian dan institusi tahfiz di negara ini menerusi jalinan kerjasama bersama agensi kerajaan dan swasta di luar sana.
Baru-baru ini, Yayasan Sofa mengadakan kunjung hormat ke Yayasan Tabung Haji dan Aman Palestine bagi merancang masa depan dakwah dan pendidikan berteraskan al-Quran dan Sunnah di negara ini.
Dalam pertemuan itu, masing-masing memberikan kerjasama baik terutamanya dalam memartabatkan pendidikan tahfiz di negara ini. Selain itu, turut dikongsikan adalah cara bagaimana untuk memasarkan produk secara atas talian (online) dan aplikasi media sosial sedia ada.
Perkongsian pendapat dan perancangan kerjasama semua pihak menyaksikan pertemuan yang diadakan ini bakal memberikan impak kepada institusi pendidikan tahfiz pada masa akan datang.