Pada 6 Julai lalu, warga kerja Yayasan Sofa turun padang bersama-sama Pos Malaysia Sdn Berhad bagi menjalankan aktiviti Hari Bersama Pelanggan (HBP) Pos Malaysia di seluruh negeri.
Pastinya ia menjadi lakaran kenangan buat warga kerja Yayasan Sofa kerana ini adalah julung kali semua warga kerja hadir menyaksikan sendiri kemeriahan HBP di cawangan Pos Malaysia di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Johor, Kedah, Pahang dan beberapa lokasi lagi.
HBP yang diadakan ini bertujuan untuk mempromosikan produk Yayasan Sofa di Pos Malaysia yang digelar Waqaf As Sofa merangkumi Waqaf al-Quran, Waqaf Tahlil dan Waqaf 6P.
Semoga kerjasama antara Yayasan Sofa dan Pos Malaysia ini akan menjadi ‘tapak’ kepada masyarakat Islam dalam negara ini untuk melakukan amal jariah.