Pada April lalu, Yayasan Sofa menerusi Jabatan Komunikasi Korporat giat menjalankan aktiviti mengedar kertas kerja pembangunan Kompleks Islam As Sofa Mantau, Seremban. Inisiatif ini bertujuan untuk mendedahkan projek terbaharu Yayasan Sofa bernilai RM55 Juta, yang bakal siap menjelang 2025.
Aktiviti ini memfokuskan beberapa kawasan perindustrian dan premis perniagaan iaitu di sekitar Seremban, Senawang, Sendayan, Semenyih dan Bangi. Kira-kira 200 naskah kertas kerja bersama surat sumbangan dana yang dikepilkan berjaya diedar dan diserahkan kepada syarikat serta premis perniagaan di kawsasan tersebut.
Antara syarikat atau premis perniagaan yang telah menerima kertas kerja berkenaan termasuk, Firma Peguam Bela dan Peguam Cara, Firma Arkitek dan Pembangunan, perniagaan PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana), butik popular seperti Naelofar Bangi, Orange Studio, Bello Scarves Bangi, Ziera Rostam Enterprise dan banyak lagi.