Sebagai badan bukan kerajaan (NGO) Yayasan Sofa sentiasa merencana langkah dalam menyebarkan dakwah Islamiah kepada masyarakat Islam di negara ini.
Terus menyusun langkah, Yayasan Sofa mengadakan perjumpaan bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) di pejabatnya, pada 24 Julai lalu.
Tiada tujuan lain, perjumpaan julung kali itu diadakan bagi membentangkan idea dan perancangan Yayasan Sofa menyebarkan dakwah menerusi program ilmu dan keagaamaan kepada kakitangan MBS dan masayarakat Islam melalui kolaborasi bersama MBS.
Ketua Pegawai Operasi Yayasan Sofa, Tuan Haji Amran Ismail dalam taklimatnya berkata, sebagai NGO, Yayasan Sofa berperanan sebagai ‘orang tengah’ yang menjadi jambatan ilmu kepada umat Islam menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Dalam pertemuan itu, Dato’ Masri menyambut baik idea tersebut malah menyifatkan bahawa peranan Yayasan Sofa dalam memartabatkan dakwah Islamiah dan pendidikan berteraskan al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW mempunyai objektif yang jelas dalam membentuk peribadi dan sahsiah generasi masa depan.
Semoga dengan langkah pertama ini, Yayasan Sofa dapat menyebarkan dakwah dengan lebih meluas seterusnya menjadi landasan kepada sesiapa saja yang memerlukan perkhidmatan Yayasan Sofa khususnya bagi pembangunan institusi dan pendidikan tahfiz