RAYUAN PAGAR TAHFIZ DAN ANAK Y...
RM110 of RM10,000 raised
Yayasan Sofa dijemput untuk menyerikan majlis ilmu sempena 10 Muharam dan Hari Asyura di Sekolah Menengah Agama Kuala Klawang (SMAKK), Jelebu Negeri Sembilan.
Yang Dipertua Yayasan Sofa, Ustaz Mohd Hanif Abd Hamid hadir menyampaikan ceramah berkisah syiar Islam yang bermula dari hijrah Rasulullah SAW dan peristiwa sejarah yang berlaku pada 10 Muharam.
Semoga dengan adanya program seperti ini, dapat menarik lebih ramai umat Islam untuk bersama-sama Yayasan Sofa dalam mempertahankan institusi pendidikan tahfiz yang berlandaskan Ahli Sunnah wal Jamaah.
Selain itu, kakitangan Yayasan Sofa turut membuka kaunter Wakaf Pembelian Tanah Mantau di mana setiap yang berwakaf akan menerima sijil dan juga cenderhati.