Melepasi hari ke 4 Majlis Qiraβah & Samaβ Sunan Ibni Majah RA anjuran Kolej Islam As Sofa, semalam, kesungguhan peserta tidak berkurangan dalam menekuni setiap Hadith yang dibaca sendiri sepenuhnya oleh Pengerusi Kolej Islam As Sofa, Datoβ Haji Muhammad Fuad bin Kamaludin.
Majlis yang bermula pada jam 9 pagi itu berakhir semalam pada sesi ke-4 sekitar jam 9 malam. Keseluruhan 7 jam diperuntukkan untuk membaca Hadith-Hadith yang terkandung dalam Sunan Ibn Majah RA bermula daripada Hadith ke-2016 dan ditangguhkan pada Hadith ke-2801.
Penasihat Kolej Islam As Sofa, Prof. Dr. Sayyid Abdul Wahhab al Tazi al Hasan al Idrisi dan Dr. Sayyid Abdul Munβim ibn Abdul Aziz al Ghumari, serta Felo Akademik Kolej Islam As Sofa, Dr. Sayyid Musβab al Kheir al Idrisi turut bersama sepanjang majlis berlangsung